BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, October 9, 2010

NOKTAH

bait-bait puisi
aku coret sepenuh hati..
memori bagaikan bersatu
bersama hujung nukilan
melahirkan rahsia tersirat
setiap bait puisi akan aku akhiri dengan noktah....
noktah membawa aku kepada
persoalan yana mula menampakkan rupa...
adakah hidupku bernoktah kan kebahagian...?
ataupun aku ditentukan tidak bernoktah?
aku mentafsir noktah
sebagai titik penamat cerita ku..
yang mana noktah itu ku titikkan di tempat yang terpilih...
impian ku.....!
tetapi kekadang....cerita tak seindah imaginasi
bila mana...skripnya bukan lagi dalam kawalanku..
noktah ku hilang arah...
penamat ceritaku kabur...
hingga memaksa masa mencoretkan
penamat hidupku...
bukan lagi aku...

(sebuah puisi di petik dr buku ku ' diriku, karma, merah')


hakikatnya...walau tidak bernoktah..aku tetap bahagia...bukan kerana aku bangga dengan tindakan aku...tetapi kerana aku bersyukur aku merasai kasih sayang mu walaupun kita tidak dijadikan untuk hidup bersama..tapi...aku tetap bersyukur...mengenali kau satu anugerah walaupun ia bukan untuk selamanya, ia tetap satu penghargaan...melihat senyuman kau satu kepuasan, mendengar gelak tawa kau satu kenikmatan...kalau boleh, aku ingin selamanya...kadang2 kau sakiti hatiku tapi aku tetap bersyukur kerana aku masih memiliki mu...kadang2 air mataku menitis keranamu tetapi aku tetap bersyukur kerana is menitis untuk mu...hakikatnya...walaupun noktah ku kabur aku masih lagi memiliki deria ke arah destinasi ku...andai nanti cerita kita bukan lagi dalam kawalan kita dan noktah itu hilang..saat itu dunia kita akan berbeza...tapi hati ku tetap serupa....aku menyayangi mu....

0 comments: