BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Saturday, April 16, 2011

"awk....saya cintakan awk...selamanya"

episod 1

Fifi memandang ke langit...maha suci tuhan...luas, teramat luas ia terbentang...kukuh. bentangan nya dari ceruk timur ke barat, utara ke selatan.. tiada penghujung. Allah juga yang mencipta manusia, segala benda bernyawa dan segala kejadian pasti ada sebabnya. tanpa dipaksa, takungan air matanya pecah..hanya fifi sahaja yang mengetahui d sebalik maksud tersirat air mata itu..lantas mulutnya tekumat kamit berbisik..."fin..aku rindukan kau...aku terlalu sygkan engkau..kau pernah berkata, kalau kita putus ikatan ini..bermakna kita putus selamanya..tak sangka kau meninggalkan aku dan tidak kembali..salahkah kita? sedangkan kita tidak pernah meminta semua jadi begini...sumpah...kita ta pinta begini..aku tak pernah memiliki cinta sebegini...walaupun dahulu ikatan kite diselubungi kerisauan dan air mata tetapi aku tetap bahagia..berdosa kah kite...?aku tau kite berdosa..hanya allah yang maha pengampun mampu melunaskan dosa kita, allah mengetahui segala apa yang di kehendaki..dan allah juga tau maha dalam dan ikhlas cinta kita..sekurang kurangnya kalau kita putus aku berharap dapat melihat kau dari jauh...meskipun sakit melihat kau bersama dgn die yg lebih layak..tapi keadaan jadi sebaliknya...aku hanya mampu sedekah kan potongan ayat al-quran kepada kau agar pusara kau d terangi cahaya dan tidak henti2 memohon ampun..teringin rase mahu menggengam tangan kau erat2, berbisik kata cinta,ketawa bila kau berjenaka, melayan perangai kau seakan budak tidak cukup umur..hehehe..tetapi semuanya mustahil..kerana aku hanya bisa meraba tanah merah dan mencium batu nisan kau yang berbalut dgn kain putih...

IKLAN....

"kehidupan aku sarat dengan tangisan..tapi dlm pada yang same...tangisan itu juga memberi kebahagian secara tidak sengaja"...ingin aku coretkan sebuah kisah benar yang aku kutip dr pengalaman seorang kawan ku...nantikan kemunculan nya..bertajuk..."awak....saya cintakan awak....selamaya.."

Sunday, March 13, 2011

salam...hai!! bukan hendak mengomen or menceritakan semula cerita Hikayat Merong Mahawangsa...tetapi....(nk masuk mood jiwang...) just hayati la..

dikala saat terpana menonton Hikayat Merong Mahawangsa, hati tesedu menangkap bait puisi di luahkan olehnya...lalu bait puisi itu tengiang-ngiang di gegendang telinga ku, bergema di hatiku dan menguasai mindaku..ingin sekali aku menyambung puisi itu dengan puisi ku sendiri..bagiku ia indah...lantas mata pena mula menari nari di atas buku puisi ku (diriku, karma, merah) dengarkanlah....

(Merong Mahawangsa bermadah)

Bila sudah tibanya waktu,
Redup hati kita berdua,
Bila dua jasad bersatu,
Hidup mati jadi bersama

(aku menyambung)

Kala ruh bercerai badan,
kala itu satu permualaan
Jasad di semai di kandung tanah,
Benih tertanam berbunga indah

keris dihunus ke langit tujuh,
guruh berdentum menyambar bumi
Biar musuh menggunung sungguh,
Kekuda di pasak, langkah sebati.

Walau jasad berdua kejauhan,
Hati tetap menjadi satu,
Walau ikatan zahir teputus badan
Hidup mati akan ku tunggu

Bile angin menyapa layar,
laut terbentang tersenyum tenang,
Bila Merong Mahawangsa di layar,
Lantas hikayat lama jadi sebutan...

*selamat malam...wasalam...

Saturday, March 12, 2011

SOORRRRY TAK SENGAJEEE....!!

well, baru balik dari mahkota parade and dataran pahlawan (melaka)..penatnye....hmmm...sampai rumah kemudian trus memasak...resepi>>> ayam masak masala, tumis sayur kobis, rebus jantung pisang, dan budu...sedap sgt...(kami berempat bekerjasama memasak)..lepas mkn anta kawan blik rumah sewe die...sampai rumah sewe semula...lantas jari sepantas kilat menekan suis elektrik untuk menghidupkan plak laptop..ade sesuatu bermain di fikiran dan aku rase elok aku coretkan sebagai satu kisah..rase bersalah masih bersisa walaupun maaf telah ku pinta..tetapi ia tetap menari nari di dalam benak hati...'sorry ta sengaja" hanya itu bermain di fikiran.

kisah nya bermula bila kami berempat berjalan jalan d dp and mp...perasaan bosan menuntut kami berempat berjalan kaki sampai ke kota AFAMOSA, semuanya ok belaka ketika itu, sampaila kami penat berjalan and mengambil keputusan berhenti dekat dgn model meriam dulu2...tgk2 org ambil gambar...kami pun bersembang...well si dia berkata "we had go every place here, tak tahu da nak kemane lagi, we have another 2 years to study in malacca..how can we survive here because we already board to every place in malacca we had go every place malacca had too" lebih kurang la begitu la kate2 die..aku pun mengeluarkan satu idea bernas! "ape kate kite pergi mandi air terjun! kat Sagil!" si die pun berkate "eh! best gile..." and aku pun membalas, "sekarang ke" hehe seronok mandi ir terjun..."si die berkate "gile ke nak g sekarang, hari lain la.." tetibe si die menyuarakan satu ayat yang aku rase terlalu jujur, ya, terlalu jujur kerana aku tak pernah terfikir die akan berkata begitu..sumpah aku tapernah fikir! die kate " comelnye budak2! rasenye nak kawin cepat2 and dapat anak, bolela anak2 aku jadi penenang and pengubat tension aku....bile tension je aku tgk muke anak2 aku..beshnye!" terkedu aku dengar ayat yg keluar dari mulut die...tak sangka! hati aku berbicara "aku ingat die ni takder hati perasaan.."
aku tersenyum..tetibe aku terlepas ckp! "aku ingat kau jahat!, serius aku ingat kau jahat". aku nampak muke die berubah..ya Allah aku jadi terlalu bertrus terang..aku terfikir jgak akan bertingak mcm tu sekali...die tanye pada aku "kenape kau fikir aku jahat?" aku takder pilihan lain selain berterus terang..."sbb kau suke ckp kasar dgn aku.." die kemudian tergelak..aku tahu die terasa..aku mintak maaf dr hujung kaki sampai hunjung rambut...aku tak sengaje..sebelum kisah ini terjadi die menawarkan diri untuk menyimpan sweater yg aku beli di tropicana life...Murah gile! lawa! aku dpt beli dgn harga rm 19.90 harge sebenar rm 90. murah sbb da tak byk saiz...tp bukan pasal baju murah..tp pasal aku da menyakitkan hati org yg cube buat baik dgn aku...die tetap cool...tp aku tau die terase...sorrryy..tak sengajeee....hmmmm..































h















































































































































































































Monday, March 7, 2011

KENAPA???

kenapa???
satu persoalan....kadang kadang ia terungkai kadang di biarkan tanpa jawapan... tp bg orang seperti aku pertanyaan 'kenapa' sering kali menjadi permainan hidup aku dan yang lebih memeritkan ia tidak berkesudahan..tak mengapa kalau ia tidak berkesudahan tapi ia membahagiakan...tidak mengapa kalau tiada penghujung tapi sepanjang pejalanan hidup di sulami kegembiraan...yang memeritkan ia sentiasa di ulit kesedihan...kalau ia bukan mimpi tak lain tak bukan ia realiti...hati bile di toreh di waktu sedar mampu membunuh si pemiliknya. aku hanya ingin bahgia...hanya ingin gembira...jangan bunuh kebahagian aku...jangan rampas kegembiraan aku,walaupun aku tahu ia untuk sementara tapi yang pasti die kekal untuk selamanya...mungkin tak semua memahami tp tanggungan nya cukup berat...aku ibarat merangkak menanggung kesedihan jika kebahagian aku d rampas...hanya kebahagian sumber kekuatan aku di kala ini...

Saturday, October 9, 2010

NOKTAH

bait-bait puisi
aku coret sepenuh hati..
memori bagaikan bersatu
bersama hujung nukilan
melahirkan rahsia tersirat
setiap bait puisi akan aku akhiri dengan noktah....
noktah membawa aku kepada
persoalan yana mula menampakkan rupa...
adakah hidupku bernoktah kan kebahagian...?
ataupun aku ditentukan tidak bernoktah?
aku mentafsir noktah
sebagai titik penamat cerita ku..
yang mana noktah itu ku titikkan di tempat yang terpilih...
impian ku.....!
tetapi kekadang....cerita tak seindah imaginasi
bila mana...skripnya bukan lagi dalam kawalanku..
noktah ku hilang arah...
penamat ceritaku kabur...
hingga memaksa masa mencoretkan
penamat hidupku...
bukan lagi aku...

(sebuah puisi di petik dr buku ku ' diriku, karma, merah')


hakikatnya...walau tidak bernoktah..aku tetap bahagia...bukan kerana aku bangga dengan tindakan aku...tetapi kerana aku bersyukur aku merasai kasih sayang mu walaupun kita tidak dijadikan untuk hidup bersama..tapi...aku tetap bersyukur...mengenali kau satu anugerah walaupun ia bukan untuk selamanya, ia tetap satu penghargaan...melihat senyuman kau satu kepuasan, mendengar gelak tawa kau satu kenikmatan...kalau boleh, aku ingin selamanya...kadang2 kau sakiti hatiku tapi aku tetap bersyukur kerana aku masih memiliki mu...kadang2 air mataku menitis keranamu tetapi aku tetap bersyukur kerana is menitis untuk mu...hakikatnya...walaupun noktah ku kabur aku masih lagi memiliki deria ke arah destinasi ku...andai nanti cerita kita bukan lagi dalam kawalan kita dan noktah itu hilang..saat itu dunia kita akan berbeza...tapi hati ku tetap serupa....aku menyayangi mu....

HUJAN MENANGIS

jendela sepi bergenang
sesepi hati ini
air mata hujan
ku tilik satu persatu
cuba mencari pengertian
aku dan hujan seakan seirama
hujan menangis.....

hujan...
tangisan terselit kesepian
bersatu dalam kesedihan
hujan menangis....aku menangis...
basah bumi ini
aku kelemasan menahan keperitan

berhenti lah kau hujan....berhenti...
biar matahari memanaskan bumi...
biar dunia rasakan kemanisan
walau natijahnya kesakitan kita...

hujan....ku menangis lagi
di kala kau berlagu sendu.....

(puisi ini aku petik dari buku nukilan ku...'diriku, karma, merah')